23 Oktober 2010
KUALA LUMPUR – Gesundheit Laboratories and Pharmaceutical
Sdn Bhd, pengeluar air minuman ECPI, hari ini menjalin pakatan
dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan
Majlis Kanser Nasional (Makna) untuk memerangi kanser.
Pengasasnya, Prof Emeritus Sir Dr Amir Hamzah berkata, pakatan
Pengasasnya, Prof Emeritus Sir Dr Amir Hamzah berkata, pakatan
itu melibatkan penajaan dalam bentuk wang, program kesedaran
kanser, penjenamaan dan peluang pengiklanan bernilai RM668,000.
"Kerjasama dengan Makna ini hanyalah langkah pertama ke arah
"Kerjasama dengan Makna ini hanyalah langkah pertama ke arah
lebih banyak kerjasama dengan pertubuhan kesihatan lain di negara
ini, yang tidak bertujuan mencari keuntungan,” katanya pada sidang
akhbar selepas menandatangani memorandum persefahaman (MOU)
berhubung kerjasama berkenaan dengan Makna di sini hari ini.
Dr Amir berkata melalui produk yang menggunakan label ECPI,
Dr Amir berkata melalui produk yang menggunakan label ECPI,
syarikat itu akan membantu Makna dengan menyumbangkan separuh
daripada ruang pada papan iklannya di tujuh lokasi di seluruh negara
untuk menyiarkan mesejnya dan membiayai semua kos penganjuran
Program Kesedaran Kanser Makna di lima negeri.
"Di samping itu, Gesundheit juga bersetuju mencetak alamat laman
"Di samping itu, Gesundheit juga bersetuju mencetak alamat laman
web Makna pada label semua botol air ECPI yang diedarkan di
seluruh Malaysia bagi tempoh setahun,” katanya ambil menambah
bahawa Majlis Perubatan Elektronik, yang merupakan satu bahagian dalam syarikat itu, akan membantu Makna dengan memberi rawatan
percuma bagi sebarang kes kanser yang dirujuk kepadanya.
Petikan Berita - Bernama
27 Jun 2009 SELEPAS terbukti sebagai produk mampu mengekalkan kesihatan
dan meningkatkan kecergasan diri, status air mlnuman ECPI sebagai
minuman kesihatan semakin tersohor dan laris di pasaran.
Apa yang membezakan produk keluaran Gesundheit Laboratories and
Pharmaceutical Sdn Bhd (Gesundheitlabs) ini ialah ia dihasilkan
melalui kajian teliti yang dijalankan selama lebih 15 tahun.
Pengerusi Eksekutif Gesundheitlabs, Profesor Dr Amir Hamzah Abdul
Hamid berkata, syarikatnya menghasilkan air minuman ECPI kerana
menyedari pengguna memerlukan produk kesihatan dalam bentuk
minuman kerana ia praktikal digunakan.
“Selain itu, air memang diperlukan manusia setiap hari sebagai
keperluan diri demi mengekalkan kesihatan dan mengatasi pelbagai
jenis penyakit. Air aset terpenting diperlukan tubuh kita. Sehubungan
itu, kita memerlukan sejenis minuman yang mampu menjadikan diri
sihat dan menghindari daripada dijangkiti penyakit yang tidak diingini,” katanya.
dan meningkatkan kecergasan diri, status air mlnuman ECPI sebagai
minuman kesihatan semakin tersohor dan laris di pasaran.
Apa yang membezakan produk keluaran Gesundheit Laboratories and
Pharmaceutical Sdn Bhd (Gesundheitlabs) ini ialah ia dihasilkan
melalui kajian teliti yang dijalankan selama lebih 15 tahun.
Pengerusi Eksekutif Gesundheitlabs, Profesor Dr Amir Hamzah Abdul
Hamid berkata, syarikatnya menghasilkan air minuman ECPI kerana
menyedari pengguna memerlukan produk kesihatan dalam bentuk
minuman kerana ia praktikal digunakan.
“Selain itu, air memang diperlukan manusia setiap hari sebagai
keperluan diri demi mengekalkan kesihatan dan mengatasi pelbagai
jenis penyakit. Air aset terpenting diperlukan tubuh kita. Sehubungan
itu, kita memerlukan sejenis minuman yang mampu menjadikan diri
sihat dan menghindari daripada dijangkiti penyakit yang tidak diingini,” katanya.
Menurutnya, Gesundheitlabs menghasilkan air minuman ECPI dengan
penuh teliti dan kepakaran supaya pengguna dapat menikmati keistimewaannya.
Katanya, ia adalah penghasilan melalui gabungan
revolusi teknologi rawatan air terbaik dunia dan teknologi ‘spacetime’
bagi menghasilkan air terbaik untuk keperluan kesihatan tubuh manusia.
Air minuman ECPI juga air minuman beralkali dan mengandungi oksigen
20 peratus lebih tinggi berbanding air biasa.
Menurut Amir, air minumanECPI mengandungi
pelbagai kelebihan berbanding air minuman biasa dan
pengguna akan merasai perbezaannya apabila mula menggunakannya.
Katanya, antara tindak balas itu untuk menghindar dan membaiki
kerosakan asid deoksiribonukleik (ONA) yang tidak normal, merangsang
sistem ketahanan, meningkatkan kemampuan sel darah merah
mengumpul oksigen, membawa oksigen ke dalam sel dan mengeluarkan
gas buangan serta menyah sisa toksin daripada seluruh badan.
Air minuman ECPI juga membantu mengatasi masalah saluran jantung
dan otak yang sempit, membekalkan tenaga elektrik bagi merangsang
fungsi otak, membina kekuatan tulang rangka, bertindak melincirkan
kawasan sendi dan menghindarkan sakit sendi serta sakit
bahagian belakang.
“Produk ini akan bertindak secara berbeza mengikut keperluan
kesesuaian pengguna yang mengamalkannya. Pengguna thong tidak
perlu risau akan tindak balas yang berlaku akibat penggunaannya kerana
tiada kesan memudaratkan terhadap tubuh.” katanya. Menurutnya,
Gesundheitlabs menerima maklum balas positif daripada kalangan
pengguna air minuman ECPI yang sudah dipasarkan lebih kurang
10 tahun lalu. Selain mengekalkan kesihatan, air minuman ECPI
juga mampu menjadikan pengguna kelihatan lebih berseri dan
memiliki kulit lebih cantik serta halus.
Petikan Berita - Harian Metro
30 Mei 2009
GESUNDHEIT Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd (Gesundheitlabs)
tidak pernah ketandusan idea untuk mencipta produk baru kepada
pelanggan khususnya untuk menjaga kecantikan dan kesihatan badan.
Terbaru, Anggun Beauty ECPI dicipta khusus bagi mengembalikan
kesegaran dan menegangkan kulit di samping mengekalkan
kecergasan diri supaya kelihatan bertenaga sepanjang masa.
Produk keluaran Gesundheitlabs itu berupaya menyembuhkan pelbagai
jenis penyakit terutama yang berkaitan dengan masalah kulit dan
mampu memberikan kelegaan kepada pengguna dalam masa singkat.
Pengguna dapat merasakan perubahan secara berperingkat jika
menggunakannya mengikut arahan dltetapkan, namun keputusan
yang diperoleh bagi setiap individu berbeza-beza.
Bagaimanapun, setakat ini pihak Gesundheitlabs menerima maklum
balas positif daripada pengguna yang mengamalkan produk Anggun
Beauty ECPI sejak ia mula dipasarkan setahun lalu. Permintaan
terhadap produk itu juga semakin bertambah dan semasa ke semasa
dan tidak hairanlah ia sesuai digunakan semua golongan tidak kira
lelaki ataupun wanita.
Seorang pengguna produk berkenaan, Latifah Ab Rahman, 49,
berkata sejak menggunakan produk terbabit setahun lalu,
kesihatannya bertambah baik dan kulit menjadi lebih
lembut serta bersih.
Katanya, penggunaan produk itu memberi tindak balas segera iaitu kulit
wajah menjadi lebih segar dan tompok hitam tidak kelihatan terutama
pada muka. “Saya menggunakan Anggun Beauty ECPI kira-kira setahun
ialu dan ternyata produk ini amat berkesan pada kulit saya yang kini
lebih bersih, segar dan anjal.”
“Selain itu, produk ini mampu menyembuhkan penyakit seperti bisul,
kulit merekah, lebam dan lain-lain serta sesuai digunakan pada
bila-bila masa, katanya.
Bagi Fadzilah Abd Latif, 60, masalah jeragat yang dihadapinya
berjaya dihindari selepas menggunakan Anggun Beauty ECPI sejak
tiga bulan lalu. Beliau berkata, selain itu produk itu juga boleh menyeri
dan memutihkan kulit dengan berkesan sekiranya penggunaannya
dilakukan secara kerap dan teratur. Azatul Asnidar Abdul Aziz, 38, berkata
dia mula menggunakan produk itu selepas mengalami rekahan pada
kulit tumit. “Kulit saya menjadi lebih putih dan tegang malahan rekahan
pada kulit tumit saya juga sembuh dalam masa singkat,” katanya.
Seorang lagi pengguna, K. Kumasegaran, 48, berkata selepas
menggunakan produk itu sejak sebulan lalu, dia dapat berasakan
perjalanan darah semakin stabil berbanding dulu. Sementara itu, Aziz
Mohd Nor, 43, pula berkata, dia berjaya mengatasi masalah resdung
dihadapinya sejak 14 tahun lalu dengan penggunaan produk itu secara
teratur. Katanya, ternyata Anggun Beauty ECPI memberikan
kesan maksimum dan cepat apabila digunakan dan
berpuas hati dengan produk terbabit.
“la ternyata memberikan tindak balas cepat dan mampu
mengembalikan kesihatan diri secara luaran dan dalaman tanpa perlu
menunggu lebih lama,” katanya.
Bagi Azizah Ali, 39, yang mempunyai masalah kulit
gatal berpendapat Anggun Beauty ECPI sangat berkesan kerana
masalahnya betjaya diatasi selepas menggunakan produk itu
sejak akhir tahun lalu.
Petikan Berita - Harian Metro
28 Mac 2009
Air minuman ECPI keluaran Gesundheit Laboratories and
Pharmaceutical Sdn Bhd kini semakin mendapat tempat di
kalangan pengguna, apatah lagi keberkesanannya sudah terbukti.
Namun, pengguna kini mempunyai pilihan untuk melihat kesan lebih menakjubkan kerana produk berkenaan boleh digunakan bersama
Namun, pengguna kini mempunyai pilihan untuk melihat kesan lebih menakjubkan kerana produk berkenaan boleh digunakan bersama
dua lagi produk iaitu ECPI GTH dan ECPI Anggun.
Pengurus Pemasaran, Kamsani Saidin, berkata jika selama ini
pengguna hanya mengenali ECPI sebagai minuman kesihatan,
namun ia boleh dilengkapi dengan penggunaan ECPI GTH
yang digunakan bersama air minuman ECPI.
“ECPI GTH perlu digunakan dengan air minuman ECPI kerana
kesannya lebih menakjubkan. Empat hingga 13 titik diperlukan
untuk minuman tiga kali sehari,” katanya. Menurutnya, setiap individu mempunyai tahap keperluan berbeza dan ia juga bergantung
kepada tahap kesihatan mereka.
“Jika pengguna berkenaan mempunyai masalah kesihatan
seperti penyakit darah tinggi atau kencing manis, mereka perlu
menggunakan lebih banyak ECPI GTH dan air minuman ECPI juga perlu diminum dua botol setiap hari,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, jika individu tidak mempunyai
masalah kesihatan, sebaliknya mengambil minuman berkenaan untuk
tujuan memudahkan pelawasan, setiap hari hanya memerlukan satu
botol air mirtuman bersama empat titik ECPI GTH.
“ECPI GTH bukan sekadar makanan tambahan biasa sebaliknya
mempunyai pelbagai khasiat yang sudah digabungkan menggunakan
kaedah saintifik.
“la kombinasi revolusi pemakanan terbaik dunia dan mengandungi
1,732 gelombang elektromagnetik, malah turut memiliki khasiat
pelbagai herba, antioksida dan vitamin,” katanya.
Menurutnya, khasiat produk itu mampu merawat pelbagai penyakit
termasuk angin ahmar, alergi, gout, cirit-birit, masalah haid serta
darah tinggi.
“Ramai pengguna berpuas hati dengan kesan yang ditunjukkan,
malah sekiranya baru mencuba pengguna tidak perlu bimbang
kerana ia tidak meninggalkan kesan sampingan dan berkesan dalam
masa 15 minit,” katanya.
Air minuman ECPI seperti air minuman biasa, namun molekulnya
lebih halus kerana melalui 14 kali sistem tapisan dan menjadikannya
tidak seperti air minuman biasa.
“ECPI GTH pula melengkapkan penggunaannya dan kesannya boleh
dilihat dalam masa terdekat kerana ia berfungsi secara semula jadi,”
katanya. Dalam pada itu, Kamsani berkata, menyedari kecantikan
turut menjadi perkara yang mendapat keutamaan setiap individu,
syarikatnya turut mengeluarkan produk kecantikan dinamakan
ECPI Anggun.
Ia berfungsi sebagai elemen dandanan dan kecantikan yang
terkandung dalam satu produk, malah mengandungi pelbagai vitamin
yang dihasilkan daripada gelombang tenaga bahan perawatan dan
penjagaan kecantikan.
“ECPI Anggun bukan sekadar produk kosmetik biasa kerana ia
berfungsi sebagai pembersih muka, skrub, pelembap, penyegar
serta bedak asas.
“la juga boleh membantu merawat masalah jerawat, panau,
jeragat, kedutan serta menegangkan kulit,” katanya.
Menurutnya, produk berkenaan sesuai digunakan wanita yang
memiliki gaya hidup agak sibuk dan penggunaan ECPI Anggun akan menjimatkan masa.
“Tidak seperti kebanyakan produk lain yang memerlukan botol
berbeza untuk fungsi berlainan, ECPI Anggun mampu menjalankan
pelbagai ‘tugas’ tetapi hanya dengan kandungan dalam satu botol.”
katanya.
Istimewanya produk ini 100 peratus semula jadi dan diperbuat
daripada bahan organik dan tidak mengandungi bahan kimia.
“Bahan ini sangat penting kerana ia boleh digunakan semua jenis
“Bahan ini sangat penting kerana ia boleh digunakan semua jenis
kulit dan pengguna tidak perlu risau mengenai kesan sampingan
kerana ia terdiri daripada bahan semula jadi tanpa campuran
bahan kimia,” katanya.
Petikan Berita - Harian Metro
23 Mac 2009
GESUNDHEIT Laboratories and Pharmaceutical Sdn Bhd, pengeluar
air minuman ECPI mensasarkan hasil jualan RM2 juta untuk tiga
produknya iaitu air minuman ECPI, GTH dan Anggun. Pengurus
Pemasarannya, Kamsani Saidin, berkata ketiga-tiga produk
berkenaan mempunyai keistimewaan tersendiri dan ia mendapat
sambutan menggalakkan sejak diperkenalkan tahun lalu. “Air Minuman
ECPI produk kami yang terlaris dan menyumbang 60 peratus
keuntungan setiap bulan berbanding produk lain,” katanya.
Menurutnya, air minuman ECPI mampu dijual lebih 300,000
botol sebulan pada harga RM8.10 untuk 1.5 liter dan membawa
keuntungan berlipat ganda kepada ahli. “Syarikat kami beroperasi
secara pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan sesiapa yang menjadi
ahli mendapat pelbagai keistimewaan antaranya pembelian dengan harga
jauh lebih murah. “Misalnya, air minuman ECPI dijual dengan harga
RM5.80 bagi ahli dan mereka mampu mendapat keuntungan lebih 40
peratus hasil jualan produk berkenaan,” katanya.
Kamsani berkata, pihaknya tidak mahu disamakan dengan syarikat
MLM lain yang hanya menggunakan wang sebagai sandaran dan
menjanjikan keuntungan tanpa asas perniagaan. “Syarikat kami
tidak sama dengan kebanyakan pengendali MLM lain kerana kami
menawarkan barangan berkualiti dan istimewa untuk ahli, malah
mereka boleh menjalankan perniagaan yang pasti menjamin
keuntungan,” katanya. Menurutnya, bayaran pendaftaran untuk
menjadi ahli hanya RM50 dan setiap ahli layak mendapat harga
istimewa walaupun kuantiti barangan dibeli tidak banyak.
Petikan Berita - Harian Metro